About Us

FoodRI Sdn Bhd merupakan syarikat terbaru yang ditubuhkan oleh Dato’ Haji Rizalman Ibrahim, yang dahulunya dianggap sebagai ikon fesyen oleh pencinta fesyen tanah air. Selepas meninggalkan dunia fesyen, beliau mula melebarkan sayap dengan mencuba pelbagai bidang lain, termasuk bidang penyediaan makanan. Berbekalkan minat mendalam terhadap dunia masakan sejak usia muda dan kecintaan terhadap makanan, terutamanya masakan tradisional Melayu, Dato’ Rizalman menceburkan diri dalam bidang penyediaan makanan dengan menubuhkan syarikat FoodRI Sdn Bhd. Menerusi penubuhan syarikat ini, beliau telah menghasilkan 5 resipi pek makanan sedia dimakan (‘ready-to-eat’) sebagai produk pengenalan kepada peminat setia beliau, khususnya para pengikut di media sosial seperti Instagram. 5 resipi terawal tersebut ialah Daging Nasi Kandaq, Gulai Ayam Siam, Sambai Safar, Paceri Nangnaih Ghontotua, dan Sambai Ikan Bileh Gaghin. Dato’ Rizalman bercadang untuk terus mengembangkan usaha ini pada masa hadapan dengan memperbanyakkan lagi menu resipi, termasuk menu yang terdapat dalam buku resipi masakannya, RIsipi PungPang.